Wednesday 11 December 2013

Pengenalan

Unit  penyelidikan & Inovasi, Politeknik Kota Bharu(PKB) ditubuhkan bersesuaian dengan Teras ketiga dalam Pelan Strategik Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) iaitu melaksanakan polisi dan membangunkan penyelidikan, inovasi dan keusahawanan. Aktiviti -aktiviti untuk membudayakan inovasi di kalangan pelajar dan staf, menjalankan kajian, penubuhan kelab usahawan-usahawan serta membudayakan penyelidikan dan menerbitkan penulisan ilmiah merupakan antara tanggunjawab yang perlu dilaksanakan oleh unit ini.

Dengan tagline "Inovasi Pencetus Minda Kreatif'", tertubuhnya Unit ini secara rasmi pada 8 Januari 2010,segala perancangan telah dibuat bagi tujuan memandu arah halatuju program serta aktiviti penyelidikan dan inovasi di PKB dan memberi peluang kepada pegawai-pegawai yang tersebut untuk menjalankan tugas dan tanggunjawab dengan lebih baik dan berkesan lagi.

Namun aktiviti berkaitan Inovasi dan Penyelidikan telah pun bermula sejak tahun 2009 lagi. Aktiviti-aktiviti ini diselaras secara Zon, di mana semua politeknik yang berada di dalam Zon Selatan telah diamanahkan untuk menjalankan aktiviti bagi tujuan membudayakan penyelidikan dan inovasi dalam proses P & P.